Pelanggan yang dihargai,
Di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2025 (HPAA), kadar rata (flat rate) dan kaedah Peraturan 78 akan dimansuhkan bagi pelanggan baharu, menandakan satu perubahan besar dalam kaedah pengiraan pembiayaan sewa beli. Bagi memastikan keadilan kepada pelanggan yang telah memasuki perjanjian sebelum HPAA berkuat kuasa atau dalam tempoh kelonggaran (grace period) yang dibenarkan, KFH Malaysia akan menawarkan Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) pada masa penyelesaian awal bagi kemudahan pembiayaan KFH Automobile Ijarah-i berkadar tetap yang menggunakan kaedah Peraturan 78 (“Diskaun Ihsan”).
Maklumat utama adalah seperti berikut:
Siapakah yang layak?
Individu serta perusahaan mikro atau kecil yang mempunyai kemudahan pembiayaan KFH Automobile Ijarah-i yang menggunakan kaedah Peraturan 78 dan:
1. dimeterai sebelum HPAA berkuat kuasa; atau
2. dimeterai dalam tempoh kelonggaran 18 bulan yang dibenarkan di bawah HPAA; dan
3. memilih untuk membuat penyelesaian awal pembiayaan sewa beli, iaitu pada bila-bila masa sebelum tarikh matang pembiayaan.
Kriteria Kelayakan: Pada masa penyelesaian awal, akaun hendaklah:
1. tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari;
2. tidak berada di bawah tindakan undang-undang atau telah dikeluarkan perintah penarikan semula; dan
3. tidak berada di bawah pelan penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) sedia ada atau menyertai program pengurusan hutang formal.
Bagaimanakah Diskaun Ihsan dikira?
Diskaun Ihsan akan dikira berdasarkan ciri-ciri perjanjian sewa beli sedia ada (seperti masa penyelesaian awal dan struktur kadar) dan akan digunakan ke atas baki bersih tertunggak. Tujuannya adalah untuk menawarkan layanan penyelesaian awal yang secara amnya setara dengan pendekatan di bawah HPAA. Kaedah pengiraan terperinci dan jumlah Diskaun Ihsan mungkin berbeza mengikut bank dan produk.
Tarikh Kuat Kuasa: Program Diskaun Ihsan akan bermula pada tarikh kuat kuasa Akta Sewa Beli (Pindaan) (“HPAA”), iaitu 1 Jun 2026.
Tempoh Program: Program ini akan kekal tersedia sehingga semua kemudahan pembiayaan KFH Automobile Ijarah-i berkadar tetap yang menggunakan kaedah Peraturan 78 mencapai tarikh matang atau diselesaikan lebih awal (dianggarkan sehingga 9 tahun, selaras dengan tempoh maksimum pembiayaan kenderaan).
Pelanggan yang memilih untuk meneruskan pembayaran mengikut jadual yang telah dipersetujui sehingga tamat tempoh pembiayaan tidak akan terjejas oleh kaedah Peraturan 78. Oleh itu, pelanggan boleh terus membayar ansuran seperti yang dipersetujui asal tanpa perlu mengambil sebarang tindakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada:
1. Soalan Lazim (FAQ) mengenai Diskaun Ihsan (Goodwill Discount)
2. Siaran Media Persatuan Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM)
DISCLAIMER
If you click the link above (AIBIM), you are about to enter a third party website and KFH Malaysia's privacy policy will cease to apply. Thus, you are advised to read the privacy policies of the linked website.
As such, KFH Malaysia shall not be responsible or liable for any loss or damage suffered or incurred whether directly or indirectly for any content of or any transactions entered via the website you are about to access.
KFH Germany
KFH Kuwait
KFH Turkey
Contact Us
Branch & ATMS Locator


